Setelah mendapat laporan serta dilihat sendiri oleh saya & beberapa user, didapati sesetengah pengguna MIRC di jumpai telah menyalahgunakan scripts pada remote mircnya untuk menjawab soalan² ketika bermain kuiz.
Selain itu juga, didapati mereka juga telah mendapat ranking 1st dalam kategori 'Word perminute (WPM)'. Selain itu juga, kemahiran mereka dalam menggunakan scripts membolehkan mereka menjawab soalan tanpa perlu tunggu di depan pc apatah lagi untuk berfikir mendapatkan jawapan kerana segalanya telah di set di remote mirc mereka.
Adilkah tindakan mereka ini?
jadi, oleh kerana itu saya terpaksa menyekat usaha mereka yg bijak ini untuk memberikan keadilan kepada semua user kuiz yang lain. Tetapi saya akan bawakan hal ini kepada pihak atasan untuk pertimbangan mereka.
Kesimpulannya, kenapa sekatan ini perlu dilakukan :
a) Keadilan untuk semua pengguna kuiz
b) Meninggikan jumlah pengguna yg menggunakan web server NF
c) Menambahkan ilmu pengetahuan juga untuk mereka yg bijak ini
d) Boleh main kuiz sambil mendengar Nasyid secara online
e) Menguji kecekapan, kepantasan & kebijakan pemain
f) Memberi fikir kepada mereka yg 'bijak' untuk mencari jalan lain.. hehe
g) Anda main, anda yg dapat. OK?
So, akhir kata.. saya memerlukan anda untuk mengundi sama ada perlukah saya memberikan keizinan kepada pengguna MIRC ini atau ianya disekat. Undilah kerana undi anda adalah rahsia.
Sekian, terima kasih.
AbangCik
No comments:
Post a Comment